Sabtu, Mei 15, 2010

Mukhayyam Tarbawi Pas Kawasan Tawau ke 2/ 2010! Di Luasong 8 dan 9 Mei 2010.

Kenderaan ditinggal di kedai bapa kawan di Jalan Kalabakan.. tidak jauh dari pintu masuk ke Kem Luasong.. kereta Unser, Avanza tak sesuai lagi melalui jalan yang mencabar-grabel... Ust Nazri Ketua Pemuda yang ceria menahan perasaan kecut perut bila YDP memecut laju pickupnya.. he he.. *gurau sahaja

  
4 buah kenderaan terlibat membawa peserta pada petang Sabtu tersebut.. kereta YDP-Ambo-Rashid dan Salman...

  
Kenangan yang sukar dilupakan.. naik pickup YDP.. laju jugak dia bawak..

  
Kenderaan Hilux Ambok di belakang kereta pickup kami.. suasana kebun dan ladang sawit yang menghijau...

  
Jalan yang berliku dan mencabar.. pemandu yang berani, sabar, panjang akal dan cekap sahaja bisa melalui jalan sebegini... 

  
Dr Umar (pakar gigi) juga bersama kami dalam perjalanan mencabar ini...

  
Hari makin gelap.. sekejap lagi sampai ke pusat program...

  
Sampai di sini sahaja kereta yang bukan '4 wheel Drive' bisa sampai... licin... 

Kereta YDP membuktikan Isuzu mantap juga di jalan grabel dan licin... 

  
Kami menurunkan barang-barang perkhemahan.. bukit bukau di sekeliling kami...

  
Kuliah Subuh disampaikan oleh Ust Abdlullah Tahir pada pagi Ahad... Kelihatan Sdr Ambok memberikan pose istimewa walau keletihan.. 

  
Para peserta asyik mendengar tazkirah/kuliah subuh,,

  
Air sungai yang tercemar.. keroh dan bewarna cokelat.. 

  
Peserta membantu mencuci pinggan mangkuk dengan air bewarna tea nai peng itu.. :)

Bayangkan jika airnya jernih, sudah tentu menjadi bertambah menarik perkhemahan ini..

  
Pukat yang 'bertuah'.. dah berjasa...

Para peserta mengambil kesempatan bergambar di tepi pukat sambil menghalau ikan masuk pukat... 
Inilah hasilnya buat KENANGAN!!!

TAHNIAH KEPADA LUJNAH TABIYAH PAS KAWASAN TAWAU YANG BERJAYA MENGADAKAN AKTIVITI INI DI TENGAH KESIBUKAN SEMUA PIHAK.. INSYA ALLAH, AKTIVITI SEUMPAMA INI DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN SESAMA AHLI JEMAAH DAN PIHAK LAIN YANG BERMINAT...

Tiada ulasan: