Isnin, Mei 10, 2010

Akhirnya penembak mati Aminulrasyid 15 tahun dituduh di Mahkamah Seksyen, tapi tidak mengaku bersalah! Oh yes, bicara dulu bahh..

Kes kematian Aminulrasyid: 

Koperal dihadapkan ke mahkamah

10/05/2010 12:35pm

SHAH ALAM 10 Mei - Selepas kira-kira dua minggu Aminulrasyid Amzah mati akibat terkena tembakan polis, seorang koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian remaja berusia 15 tahun itu.
Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim M. Gunalan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes tersebut. - Utusan

Tiada ulasan: