Rabu, Mei 05, 2010

Bila Ulamak Sakit... mengalir air mataku.. :(

Timbalan Presiden PAS ziarah Ketua DUPP

E-mail Cetak PDF
DUNGUN, 5 Mac - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa pagi tadi menziarahi Ketua Dewan Ulama' PAS, Ustaz Harun Taib setelah sekian lama beliau terlantar sakit.

Nasharudin yang hadir ke Terengganu mengambil kesempatan tersebut selepas beliau dijemput untuk menghadiri satu program perasmian ijtima' semalam di Dungun.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Ustaz Harun Taib telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 7 Januari 2010 yang lalu. Beliau mengalami tekanan darah tinggi yang yang berlebihan sehingga boleh menyebabkan 'minor stroke'.
Walaubagaimanapun, beliau turut berazam untuk terus berkhidmat dalam perjuangan Islam selagi masih hidup. Meskipun kelihatan masih letih, namun beliau tetap ceria dan bersemangat menyambut kehadiran Timbalan Presiden PAS disamping bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu yang berlaku di Malaysia dan perkembangan semasa parti.

Semalam Nasharudin Mat Isa telah merasmikan Ijtima' Pelajar-Pelajar Pondok Terengganu di Pondok Darul Bayan, Kampung Pinang Merah, Paka.
------------------------
respon yusz : teringat Ust Harun datang ke Felda Umas, tawau.. bersahaja.. merendah diri.. sedih orang yang begitu sakit bah.. siapa yang akan mengganti? ada.. siapa?.. :)

Tiada ulasan: