DUN Sarawak gantung ADUN PKR, DAP selama 12 bulan
18/05/2010 7:24pm
KUCHING 18 Mei – Dominique Ng (PKR-Padungan) dan Chong Chieng Jien (DAP-Kota Sentosa) hari ini digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selama 12 bulan berkuat kuasa serta-merta kerana menghina dewan.
Hukuman itu bermakna kehadiran kedua-dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang itu hari ini adalah yang terakhir bagi mereka bagi sesi persidangan semasa kerana penggalnya akan berakhir secara rasmi pada 24 Julai 2011.
----------------------------
RESPON :
1) Dominique Ng- Beliau digantung kerana mengeluarkan perkataan “mahkamah kangaru” ketika persidangan Mei tahun lepas semasa dewan itu membahaskan usul bagi menerima pakai dapatan dan syor Jawatankuasa Hak Istimewa berkaitan Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek).2) Chieng Jien didapati menghina dewan yang mulia itu pada Mei tahun lepas kerana mempertikai dan mencabar keputusannya berhubung tindakan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menggunakan khidmat pakar dari China bagi menjalankan kajian tentang projek tebatan banjir bagi bandar raya Kuching.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan