Selasa, Mei 18, 2010

PATUTLAH ROADBLOCK 2,3 HARI DI JALAN MEROTAI-TAWAU, RUPA-RUPANYA CARI...

Tawau: Perogol kanak-kanak lolos dari penjara
Last Updated on Tuesday, 18 May 2010 01:30
Written by admin
Tuesday, 18 May 2010 01:27
Seorang perogol kanak-kanak berjaya melepaskan diri dari Penjara di Tawau, Sabah pagi semalam.
Banduan itu yang juga seorang warga Indonesia berusia 27 tahun dikatakan sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan merogol seorang kanak-kanak awal tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, kehilangan banduan itu yang bernama Anas Omar hanya diketahui kira-kira 10 pagi ketika proses mengira jumlah banduan dijalankan.
Menurut beliau, Anas disyaki melarikan diri dengan memanjat tembok penjara itu antara pukul 7 pagi hingga 10 pagi semalam dan dipercayai bertindak seorang diri.
“Anas sedang menjalani hukuman di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dipercayai bertindak seorang diri.
“Kehilangan Anas hanya diketahui kira-kira pukul 10 pagi ketika proses mengira jumlah banduan dijalankan,” katanya.
Beliau turut memberitahu, polis telah mengerahkan anggotanya daripada pelbagai unit untuk mencari dan memburu Anas.

Tinjaun erapakatan.com mendapati, sehingga petang semalam, kelihatan anggota polis bersama pasukan gerakan Am kelihatan berlegar-legar di kawasan perbandaran Tawau terutamanya di sekitar bangunan MARA, antara kawasan yang sesak di bandar tersebut.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan banduan tersebut supaya segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di talian 089-772121. -EP
---------------------------
respon : kalau betullah dia yang disyaki merogol budak 5 tahun di Merotai, Tawau, memang tak boleh dibiarkan sahaja tertuduh terlepas.. Mudah-mudahan dia berjaya ditangkap semula...

Tiada ulasan: