Isnin, Mei 24, 2010

Konsert Inul di Tawau. Ulasan Ketua Pemuda Pas Tawau & Maj Perbandaran Tawau memberi permit iklan di tengah Bandar Tawau.


Konsert: Tidak cukup Wanita Umno Kalabakan saja
Harakahdaily   

Konsert: Tidak cukup Wanita Umno Kalabakan saja

Harakahdaily

TAWAU, 23 Mei: PAS Kawasan Tawau mengucapkan tahniah kepada
Pergerakan Wanita Umno Kalabakan di atas keberanian menyatakan
pendirian menentang tindakan kerajaan meluluskan permit Konsert 1 Inul
yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mei ini di Kompleks Sukan Tawau.

Namun bagi Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Nazrey Mokhtar (gambar),
pendirian Pergerakan Wanita Umno Kalabakan yang disuarakan oleh
Datuk Hamisa Samat itu perlulah ikhlas dan konsisten dalam apa jua isu yang dianggap serupa.

“Dewan Pemuda PAS ingin mengucapkan tahniah di atas keberanian tersebut. Pastinya
seluruh rakyat Sabah amnya dan Tawau khususnya berharap Wanita Umno Kalabakan konsisten
dengan penentangan itu,” ujarnya.

Bagi Nazrey, tidak cukup jika Wanita Umno Kalabakan sahaja menyatakan pendirian itu.

Lebih besar katanya, rakyat seluruh negeri ini mahu mendengar apa pula pendirian Umno negeri
atau sekurang-kurangnya Pemuda Umno Kalabakan berhubung isu sama yang sehingga kini
masih membisu.

“Adalah menjadi tanggungjawab Umno Sabah khususnya Pengerusi Badan Perhubungan,
Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah untuk menyatakan pendiriannya
berhubung perkara itu,”ujarnya lagi.

Sehubungan itu, tambahnya, PAS kawasan mahu kerajaan menarik balik kelulusan permit
Konsert 1 Inul tersebut dan mengharamkannya terus dari datang ke Malaysia,
khususnya negeri ini sesuai dengan permintaan rakyat Sabah yang tidak ingin
melihat konsert itu diadakan.

“Kerajaan juga digesa melihat kembali kesan yang akan berlaku akibat konsert itu
terhadap permasalahan sosial rakyat dan bukan hanya melihat keuntungan semata-mata

Tiada ulasan: