Selasa, Mei 18, 2010

3 Maut di Jalan Semporna-Tawau kelmarin 17/5/2010. Faktor jalan licin antara penyumbang..

Gambar dirakam di lokasi kejadian (dari dalam kereta)di mana 3 maut di Jalan Semporna-Tawau, Sabah berdasarkan laporan akhbar Berita Harian 18/5/2010. Ketika ini, rombongan Pas Tawau dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Lokasi Program Bersama Presiden Pas di Pasti Semporna, Kpg Bubul Lama, Jalan Pantai. 
-------------------------------------------------------

Tiga maut nahas lepas hujan
Oleh Veena Rusli
veena@bharian.com.my
2010/05/18

Mangsa mahu ziarah saudara di hospital sebelum kereta terbabas, dirempuh

KOTA KINABALU: Tiga termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun terbunuh dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Viva, teksi dan pacuan empat roda Toyota Prado di Kilometer 45, Jalan Semporna-Tawau, kira-kira 600 kilometer dari sini, petang semalam. 

 
Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian selepas hujan kira-kira jam 1.50 petang itu dikenal pasti sebagai penumpang teksi, Jamajah@Jumayah Hajad, 51, dan dua bersaudara yang menaiki Perodua Viva, Samilah Rangahu, 42, serta Putri Batrisyha Awang Raif, 5. 
-----------------------------------
respon : Jalan Semporna-Tawau antara jalan berbahaya di Sabah. Sepatutnya jalan selorong ini dibuat 2 lorong pergi dan 2 lorong balik memandangkan ianya jalan komersial/ jalan pelancongan. 

Ia merupakan jalan utama penduduk di Semporna bergerak ke Tawau andaikata 'gagal' menyelesaikan urusan di Semporna contohnya melibatkan urusan pembelian makanan laut yang difahamkan agak mahal di Semporna berbanding Tawau, kepelbagaian kedai barangan di Tawau dan sebagainya. 

Maka peniaga bergegas mendapatkan bekalan di Tawau. Gagal mengurus masa, adakalanya mengundang padah dan pemandu memandu laju. Kelajuan inilah menghasilkan kemalangan. Ditambah lagi dengan keadaan jalan yang agak licin dan tidak rata.

Tiada ulasan: