Sabtu, Mei 22, 2010

Bala Allah di Thailand, kematian meningkat!!!

Baju Merah dakwa tentera serbu tokong

BANGKOK 20 Mei – Polis Thailand hari ini mengiringi beribu-ribu penunjuk perasaan keluar dari sebuah tokong tempat mereka berlindung malam tadi, setelah sembilan orang maut dalam pertempuran antara tentera kerajaan dan penyokong Baju Merah di situ.

Anggota Baju Merah yang membawa barangan peribadi dan kanak-kanak keluar dari pagoda itu, meninggalkan enam mayat mangsa di tempat teduh di bawah potret Raja Bhumibol Adulyadej.
Pihak berkuasa berjanji menjalankan siasatan segera mengenai kematian di tokong itu yang diisytiharkan sebagai ‘zon selamat’ semasa tentera bertindak menggempur kubu Baju Merah dalam operasi yang meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa.

Tindakan menyerah diri pemimpin Baju Merah setelah kubu mereka digempur tentera mencetuskan kekacauan di jalan raya, mendorong kira-kira 5,000 penunjuk perasaan termasuk ramai wanita dan kanak-kanak mencari perlindungan di dalam tokong itu. – AFP
-------------------------
respon : makin celaru.. kalau teman perasan- ini adalah cara Allah mengajar manusia agar tidak sombong dan hormati fahaman atau agama orang lain..

Tiada ulasan: