Harakahdaily |
GOMBAK, 19 Mei: Anggota Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin yang dijatuhkan hukuman sebulan penjara serta denda RM1,000 selepas bersalah berpoligami tanpa kebenaran kini menghadapi tekanan semakin hebat agar meletakkan jawatannya. Ini kerana, masyarakat tidak boleh menerima 'pembuat undang-undang' adalah juga 'pelanggar undang-undang'. Bung Moktar hari ini dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran dan bersubahat atas kesalahan tersebut. Beliau juga didenda RM1,000 bagi satu lagi tuduhan. Bung Moktar berhadapan dengan satu lagi hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini. Isteri keduanya, pelakon Zizie Izette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan. Zizie juga menghadapi hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini. ----------------------- RESPON : BADAN WANITA NGO MARAH KE YB BUNG. SEBABNYA, YB BUNG ADALAH AHLI PARLIMEN TERLIBAT DALAM PENGGUBALAN DAN PEMBUAT DASAR KERAJAAN, TIBA-TIBA MEMBELAKANGKAN DASAR...TAK NGAM LAH BEGITU.. ISTERI PUN MAK AIII.. MAU DIBERI PENDIDIK ISLAM.. LUPA DIRI AGAKNYA BILA DAH BERSUAMI ORANG KUAT POLITIK DI SABAH.. HE HE |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Rabu, Mei 19, 2010
MP KINABATANGAN DIDESAK LETAK JAWATAN? ISU POLIGAMI TANPA KEBENARAN!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan