Isnin, Mei 03, 2010

LAPORAN Ceramah Pakatan Rakyat di Tawau, 1 MEI 2010 LALU Sabah!

Isnin, Mei 03, 2010

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT (http://pemuda-tawau.blogspot.com/)

Satu ceramah telah dianjurkan oleh Pakatan Rakyat bertempat di PASTI Nurul Farahain Merotai Besar pada 01 MEI 2010 bermula jam 8.30 malam yang menampilkan pemimpin tertinggi DAP iaitu YB Lim Kit Siang,Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur,YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang,YB Jimmy Wong Tze Phin ,ADUN Sri Tanjung dan juga Tuan Hj Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS.Turut berada di atas pentas ceramah ialah Senator Tengku Aziz, Naib Pengerusi DAP dan juga Dato' Kong Hong Ming, Ketua PKR bahagian Tawau.

Ceramah Umum di Merotai Besar
Pada sebelah siangnya pula YB Lim Kit Siang beserta rombongan (YDP Pas Kaw Tawau dan SUK DPPK Tawau turut serta) telah dibawa melawat Projek Pembinaan Jalan Kalabakan-Sapulut yang dikatakan mengalami masalah dan masih belum siap walaupun telah diperuntukkan jutaan ringgit.

YB Lim Kit Siang bersama rombongan ketika melawat Kalabakan

Tiada ulasan: