Isnin, Mei 03, 2010

Lelaki ditahan disyaki terbabit kes ugutan bunuh Nik Aziz (bharian.com.my)

Lelaki ditahan disyaki terbabit kes ugutan bunuh Nik Aziz (bharian.com.my) *** ** inilah gambar pemuda tersebut dalam laman facebook yang telah ditutup...



2010/05/03

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman rangkaian sosial, Facebook.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam. 

 
"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira jam 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit. 

Tiada ulasan: