Sabtu, September 11, 2010

Usaha jejaki Sosilawati masih temui jalan buntu? Apakah sudah dibunuh, tak mustahil dengan situasi jenayah di Malaysia.. jika selamat, alhamdulillah!

Usaha jejaki Sosilawati masih temui jalan buntu

11/09/2010 10:33pm

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Usaha mengesan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lelaki yang hilang sejak 13 hari lepas masih menemui jalan buntu apabila tidak ada petunjuk baru diperolehi polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata sehingga hari ini tiada apa-apa perkembangan terbaru yang diterima polis bagi membantu siasatan kes tersebut.

"Setakat ini tiada apa-apa maklumat terbaru. Saya berharap mereka yang mempunyai maklumat mengenai mereka agar tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan mahu ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Tiada ulasan: