Sabtu, September 11, 2010

Bekas SU Pemuda PAS Pusat meninggal dunia! Inna Lillah...


Harakahdaily   
IPOH, 11 Sept: Ustaz Hamim Abu Bakar, bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat meninggal dunia di Ipoh hari ini ketika berusia kira-kira 70 tahun.

Hamim meninggal di Hospital Ipoh selepas diserang sakit jantung ketika menziarahi sanak saudaranya sempena Aidil Fitri.
Sebelum ini, Hamim adalah petugas sepenuh masa Pejabat Agung PAS. Beliau menjadi Setiausaha Pemuda di hujung tahun 1970-an ketika Pemuda PAS dipimpin Datuk Mustafa Ali.
------------------------
respon : hidup dan berjuang dalam Pas jarang dapat duit.. bila dah dapat duit jarang dapat komisyen.. bahkan duit yang ada sendiri kena keluar lagi! Namun, ahli tak mengeluh kerana itulah perjuangan dan itulah pengorbanan buat Islam yang dijulang!

Tiada ulasan: