Selasa, September 07, 2010

Sosilawati hilang (janda Nash)?

Sosilawati hilang
Oleh Hardi Effendi Yaacob

2010/09/06

pix_gal0
Jutawan kosmetik tak dapat dikesan sejak 30 Ogos

KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik yang juga bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dilaporkan hilang sejak seminggu lalu bersama tiga individu lain dipercayai peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank.

Kehilangan Sosilawati menimbulkan misteri kerana sehingga malam tadi polis masih belum dapat mengenal pasti motifnya, malah ahli keluarganya juga tidak menerima sebarang panggilan menuntut wang tebusan. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah Sama berkata samada kehilangannya mempunyai unsur jenayah atau tidak, itu semua sedang disiasat. Setakat ini, kejadian diklasifikasikan sebagai kes orang hilang kerana keluarganya belum menerima apa-apa panggilan menuntut wang tebusan, katanya.

teruskan di sini

Tiada ulasan: