Ahad, September 12, 2010

Santai: Asap hitam selubungi jambatan

Asap hitam selubungi jambatan


ANGGOTA bomba
bertungkus-lumus memadam kebakaran berikutan kabel milik TNB terbakar di bawah Jambatan Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Pengguna Jambatan Pulau Pinang di sini terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas selama lebih enam jam di sepanjang 10 kilometer (km) di kedua-dua arah berikutan berlaku kebakaran melibatkan tiga kabel utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah jambatan itu semalam.

Kebakaran kabel bervoltan 132 kilowatt yang terletak di tengah-tengah laluan di kilometer 2 jambatan ketiga terpanjang di dunia itu bermula pada pukul 10.02 pagi.
------------------------
respon : buatan manusia tak hebat! Ada sahaja kerosakan dan pertikaian...

Tiada ulasan: