Ahad, September 12, 2010

BN berkata ia akan menjauhkan dirinya daripada PERKASA kerana ia boleh menjejaskan usaha untuk memenangi semula sokongan bukan Melayu???


Ibrahim: Kenyataan Kunan, Nazri 'melucukan'
S Pathmawathy
Sep 11, 10
4:00pm
Kongsi 0
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai "sangat lucu".

"Secara tiba-tiba PERKASA mendapat begitu banyak perhatian, (dan) ditambah lagi, dengan kenyataan Tengku Adnan dan Nazri," kata Ibrahim dalam sidang akhbar di kediamannya hari ini.

Katanya, beliau agak terkejut mendengar kenyataan setiausaha agung Umno bahawa parti itu tidak mahu mengaitkannya dengan PERKASA.

"Bila kita minta sokongan Umno?" soalnya.

Sehubungan itu, Ibrahim menjelaskan bahawa PERKASA adalah sebuah NGO yang tidak ada kena mengena dengan Umno.

"Hanya kerana mereka tidak akan menyokong kami, itu tidak bermakna kami tidak mempunyai sokongan sama sekali," tambahnya.

Awal minggu ini, BN berkata ia akan menjauhkan dirinya daripada PERKASA kerana ia boleh menjejaskan usaha untuk memenangi semula sokongan bukan Melayu.

Tiada ulasan: