Jumaat, September 03, 2010

Felcra agih dividen RM107j RM1,902.33? setelah mendapat tekanan??

Felcra agih dividen RM107j RM1,902.33

Oleh Sukhairi Abd Thani
sukhairi@bharian.com.my
2010/09/03

Pemberian awal pertama sempena Ramadan kepada 80,350 peserta

KUALA LUMPUR: Felcra Berhad mengumumkan pemberian dividen awal pertama berjumlah RM107 juta kepada 80,350 pesertanya pada bulan ini sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. 


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata purata agihan setiap peserta adalah sebanyak RM1,902.33, namun ada peserta menerima agihan dividen yang lebih tinggi berikutan memiliki pegangan saham tanah yang lebih luas. 

Kali ini kita akan laksanakan pengagihan dividen empat kali setahun dan bersempena Ramadan ini, kita akan agihkan sejumlah RM107 juta untuk meringankan bebanan peneroka di seluruh negara di bawah naungan Felcra. 

------------------------- 
INILAH PUNCA FELCRA BIMBANG, TERUSKAN MEMBACA!!! >>>

SUMBER DI SINI

Isnin, Ogos 02, 2010


Harakahdaily   
PASIR SALAK, 1 Ogos: Seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis sehingga lewat petang ini yang dimulai kira-kira jam 4.00 petang ini sementara seluruh kawasan Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Changkat Lada, di sini dikepung.
Tangkapan turut dilakukan terhadap mereka yang memakai pakaian beridentitikan penganjur program.


Semua yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Kampung Gajah.

Tangkapan rambang di luar kawasan itu dibuat sewaktu peguam Wan Rohaimi Wan Daud membentangkan kertasnya sebagaimana yang dijadualkan.

Wan Rohaimi adalah peguam yang memenangkan kes saman Felda oleh para peneroka Kemahang 3.

(Gambar: Pelancaran risalah Felda bankrap? pada Himpunan Warga Felcra Kebangsaan pagi tadi.)

Tiada ulasan: