Jumaat, September 03, 2010

1Malaysia: Dr. Mahathir dapati tafsiran rakyat berbeza??

1Malaysia: Dr. Mahathir dapati tafsiran rakyat berbeza

03/09/2010 10:59am

ALOR SETAR 3 Sept. - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau menyokong gagasan 1Malaysia tetapi mendapati rakyat di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza tentang konsep itu.

Beliau berkata, keadaan akan menjadi sukar jika setiap bangsa di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai konsep 1Malaysia.

"Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu pendapat mereka berbeza-beza, tafsiran berbeza, payahlah kalau tafsiran berbeza-beza. Sebab itu kena jelas,” katanya kepada pemberita padas majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Pering, Kodiang dekat sini, malam tadi.
------------------------
respon : Zaman DS Najib ni, ada pendekatan 'agama' ka sekurang-kurangnya lah... zaman Tun M ada la penerapan nilai-nilai Islam.. DS Anwar la orang kuat.. zaman Pak Lah dengan Islam Hadhori dan Modal Insan.. zaman PM la ni???

Tiada ulasan: