Khamis, September 02, 2010

Demontrasi di Indonesia- lakonan pelakon profesional? Sila baca!

Demonstrasi 'cari makan'

sumber : utusan.com.my


Warga Malaysia di Indonesia menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53 dengan upacara menaikkan bendera kebangsaan di perkarangan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan, semalam. - BERNAMA


JAKARTA 31 Ogos - Perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini telah muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan dan pada masa sama menimba ilmu bagaimana berdemonstrasi secara tertib.

Pihak yang memerlukan peserta demonstrasi boleh membuat pesanan untuk pakej lengkap iaitu penunjuk perasaan terlatih, pengangkutan, pemidato, peralatan sistem bunyi, sepanduk dan kenyataan demonstrasi.

Pakej yang ditawarkan sebuah organisasi bagi membekalkan peserta demonstrasi terlatih di sini dikira berdasarkan bayaran untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, iaitu antara Rupiah 1.5 juta (RM522) hingga Rupiah 2 juta (RM696).

Untuk setiap aksi, seorang peserta boleh mendapat bayaran antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur. 

sambung
------------------------------ lagi sumber >>

bharian.com.my

Khidmat urus demonstrasi untung besar


2010/09/01

JAKARTA: Perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan dan pada masa sama menimba ilmu bagaimana berdemonstrasi secara tertib.

Pihak yang memerlukan peserta demonstrasi boleh membuat pesanan untuk pakej lengkap iaitu penunjuk perasaan terlatih, pengangkutan, pemidato, peralatan sistem bunyi, sepanduk dan kenyataan demonstrasi.

Tiada ulasan: