Isnin, Mei 03, 2010

Ziarah keluarga 'lelaki yang ugut Tok Guru' di Pulau Pinang.. skill baru tu.. :)


Mohd Sabri Said   
PULAU PINANG, 3 Mei: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kini sedang berusaha mengesan kediaman seorang pemuda, Safuan Hilmi yang membuat ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui laman Facebook beliau

*** ** inilah gambar pemuda tersebut...

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas, Abdullah Saad menegaskan, kediaman Safuan terletak di Kampung Lahar Tabut, dan pemuda PAS mahu menziarah keluarganya bagi memaklumkan perbuatan itu kepada ibubapanya.

"Buat masa ini kita sedang mengesan rumahnya dan bila bertemu Insya Allah kita akan melakukan ziarah ke kediamanya untuk memaklumkan kenyataan bahaya Safuan.

"Kemungkinan besar keluarganya tidak mengetahui langsung bahawa anak mereka betindak begitu yang mungkin boleh membahayakan dirinya, " tegas beliau.

Tiada ulasan: