Gerabak khas wanita, PAS ucap tahniah | |||||
|
PAS amat menyokong langkah ini kerana ia mampu memberikan keselesaan kepada penumpang wanita yang selama ini terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki khususnya ketika waktu puncak. Malah langkah ini dapat mengurangkan masalah ganguan seksual kepada penumpang wanita.
Langkah ini menepati syariat Islam yang meletakan wanita di tempat paling istimewa yang perlu dilindungi dan dilayani dengan sebaiknya.
Kemudahan KTM ini walaupun baru namun diyakini akan mendapat sambutan meluas berikutan jumlah penumpang komuter setiap hari yang ramai.
Perkara ini sudah lama diadakan di luar negara seperti di Jepun dan beberapa negara Eropah.
-------------------------
respon mahkamah : teringat masa belajar di timur tengah.. kaum wanita dilayan baik jika naik kereta atau bas awam.. ada tempat duduk buat mereka.. ada budaya menghormati kaum wanita.. maksudnya ada yang akan bangun dari tempat duduk dan seraya mempersilakan kaum wanita yang baru naik kereta/bas untuk duduk di kerusinya.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan