Isnin, Mei 03, 2010

Pitbull adalah artis barat yang terkenal dengan muzik berunsur lucah, menggalakkan amalan seks bebas dan budaya penagihan dadah DIBENAR MASUK DAN MENGADKAN KONSERT DI MALAYSIA?


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Kerajaan sepatutnya menyekat kedatangan ‘sindrom Pitbull’ ke negara ini kerana Islam mengharamkan budaya negatif, kata Exco Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM), Mohd Syahid Mohd Zaini.
Beliau berkata, sekiranya artis Pitbull dibenarkan juga, maka beliau tidak hairan dan terkejut jika jumlah bayi yang dibuang di Malaysia semakin bertambah.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) mempersoalkan adakah kerajaan masih mahukan gejala membuang bayi dan gejala sosial semakin berterusan.

Ini, katanya kerana Pitbull adalah artis barat yang terkenal dengan muzik berunsur lucah, menggalakkan amalan seks bebas dan budaya penagihan dadah.

Mohd Syahid menyatakan demikian ketika mengulas mengenai kedatangan artis antarabangsa Pitbull yang diberitakan akan membuat persembahan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi di Malaysia pada 15 Mei ini.

 “Kerajaan sepatutnya menyekat kedatangan ‘sindrom Pitbull’ ini ke negara ini,” tegasnya mengenai konsert secara terbuka itu yang ditaja oleh sebuah syarikat arak terkemuka.

Artis Pitbull juga dikatakan bukan sahaja mengadakan konsert terbuka tetapi melibatkan budaya muzik ‘house’ dan ‘techno’ yang memaparkan budaya arak, dadah, seks dan pergaulan bebas.

 “Kami selaku mahasiswa amat dukacita dengan hal ini dan tidak akan teragak-agak untuk membantah kedatangan Pitbull ke Malaysia.

“Kedatangan mereka akan menyebabkan gejala negatif semakin merebak ke dalam jiwa rakyat Malaysia,” tegas Nur Syakilaisma, pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Sesi 2010/2011.

“Adakah kerajaan masih tidak serik atau sudah tidak takut dengan bala bencana dan hukum Allah SWT,” soal Rohayu Rosli, siswi Tahun 1 Akademi Pengajian Islam UM.

Katanya, situasi itu jelas sekali akan mengundang kemarahan umat Islam kerana pengaruh baratlah yang banyak mempengaruhi anak-anak remaja Melayu Islam sekarang.

“Jika keadaan ini tidak dibendung, maka tidak hairanlah remaja sekarang bakal merosakkan nilai-nilai suci agama Islam itu sendiri,” ujar beliau.
-------------------------Respon mahkamah :
"Pas Tawau sedang memantau 'ura-ura Konsert Inul diadakan di Tawau' hujung Bulan Mei ini... jika iya, maka bantahan mestilah diadakan! Inul terkenal dengan tarian dangdut-goyangan badannya membuatkan ramai orang sanggup menghabiskan RM hadir ke konsertnya.. justeru ramai berminat menjadi penganjur.. he he..

Tiada ulasan: