Isnin, Mei 03, 2010

Jumlah terkumpul kes H1N1 setakat ini 13,748 orang! Subhanallah..


Empat lagi kes baru H1N1 dikesan
Mei 3, 10 1:14pm
Empat lagi kes positif Influenza A(H1N1) yang terbaru dikesan di Ukay Perdana, Ampang sehingga pukul 8.30 pagi ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Beliau berkata tiga pesakit dari taman perumahan itu dimasukkan ke hospital swasta manakala seorang lagi diberi rawatan sebagai pesakit luar, dan semua mereka diberikan rawatan anti viral.

"Ini menjadikan jumlah terkumpul kes berkenaan setakat ini 13,748 orang," katanya dalam satu kenyataan akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menggesa orang awam yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti asma, diabetes, penyakit buah pinggang, jantung, paru-paru, ibu mengandung dan kegemukan supaya segera mendapatkan pelalian vaksin H1N1 dengan segera.

Tiada ulasan: