Ahad, September 05, 2010

Nasib berbeza pengetua 'rasis'... Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor, DAN SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani, Kedah,

Nasib berbeza pengetua 'rasis'...
Muhamad Abdul Qayyum
Sep 4, 10
6:27pm
Kongsi 47


Dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pelajar bukan Islam Ogos lalu, menerima nasib berbeza.

Ketika pengetua wanita Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor, Siti Aishah Mansor berdepan 'hukuman' jika didapati bersalah hasil kertas siasatan Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA), rakan sejawatannya, Pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani, Kedah, Ungku Aznan Ungku Ismail pula yang diura-urakan akan bertukar masih kekal di sekolah berkenaan.

Nasib yang berbeza ini menimbulkan tanda tanya kerana masa depan Siti Aishah bergantung kepada kertas siasatan yang akan dibentangkan JPA kepada lembaga disiplin Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas Aidilfitri.

Manakala Ungku Aznan dilaporkan telah "dibekukan sementara" di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Muda/Yan, Sungai Petani, selama seminggu baru-baru ini setelah pelbagai pihak termasuk jemaah nazir, Jabatan Pelajaran Negeri dan polis menjalankan siasatan ke atasnya.
sambung >
-----------------------

respon mahkamah : tu lah bercelaru Kerajaan Malaysia... siapa yang bangkit 1 Malaysia.. kemudian ada pengetua yang buat tindakan dan kata-kata bercanggah dengan 1 Malaysia.. so, ambiklah tindakan dengan apa jua cara... bukan Malaysia 1 st time dalam dunia yang jaga isu 'persamaan perkauman'.. ISLAM dah lama! Cuma banyak pihak yang takut nak tonjolkan hebatnya Islam.. takut non muslim tak boleh terima.. ha ha.. lawak-lawak.. Nabi saw dah lama perkenalkan 1 Islam.. tak ada masalah pon! Pengetua yang rasis tu pro UMNO kot, tu yang UMNO jaga.. cuba kalau Pengetua tu pro PAS? Ntah-ntah kena teruk?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini akan menjadi halaman web yang hebat, mungkin Anda tertarik untuk melakukan wawancara mengenai bagaimana Anda buat itu? Jika demikian e-mail saya!.