Namewee beri keterangan berhubung klip video terbarunya
31/08/2010 10:30pm
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee malam ini hadir di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail di sini dipercayai untuk memberi keterangan berhubung klip video kontroversi terbarunya.
Pemuda berusia 27 tahun dan berasal dari Muar, Johor itu, tiba bersama peguamnya pukul 9.20 malam.
Sebelum memasuki balai, dia menegaskan bahawa dirinya bukan rasis dan menyokong gagasan 1Malaysia. - Utusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan