Michael Soosai ditahan polis India
sumber
2010/08/31
CHENNAI: Michael Soosai, penjenayah Malaysia yang melarikan diri ke selatan India sejak beberapa tahun lalu, ditahan di sebuah hotel di sini Khamis lalu setelah polis India menjejakinya dengan menggunakan teknologi canggih. Pesuruhjaya Polis Bandaraya Coimbatore, C Sylendra Babu, berkata satu unit khas jenayah siber memantau pergerakan Soosai dengan mengesan nombor telefon bimbitnya kepada kenderaan yang dia sedang naiki.
Soosai bersembunyi daripada polis Malaysia hampir 10 tahun lalu. Dia dikehendaki kerana beberapa siri penipuan yang membabitkan hampir RM1 juta serta satu pembunuhan di selatan India.
Dia didakwa membunuh seorang rakyat Malaysia, N Subramaniam di Cheyyur, daerah Kancipuram pada 2002.
Soosai, 47, pernah memalsukan kematiannya sendiri di Malaysia dan kemudian menghilang diri dari polis untuk beberapa tahun, namun terus mencabar polis Malaysia untuk menahannya.
Menurut polis India, Soosai berpangkalan di negeri Andra Pradesh, selatan India dan menyelinap masuk untuk untuk melakukan di negeri lain dengan berpura-pura menjanjikan kerja lumayan di luar India kepada mangsanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan