Jumaat, September 03, 2010

Mayat lelaki berulat dalam semak. Mudahnya nyawa melayang..

Mayat lelaki berulat dalam semak


2010/09/03

MAYAT lelaki yang dijumpai di Kilometer 24 Jalan Gelang Patah-Johor Bahru dibawa ke hospital untuk bedah siasat, semalam.
MAYAT lelaki yang dijumpai di Kilometer 24 Jalan Gelang Patah-Johor Bahru dibawa ke hospital untuk bedah siasat, semalam.

GELANG PATAH: Seorang lelaki ditemui mati dengan keadaan mayatnya sudah reput dan berulat oleh orang ramai dalam semak berhampiran tepi jalan di Kilometer 24 Jalan Gelang Patah-Johor Bahru, berhampiran Lima Kedai, dekat sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mayat itu ditemui seorang penunggang motosikal dalam keadaan terlentang dalam semak tidak berbaju dan hanya berseluar panjang.  


Katanya, hasil siasatan awal tidak menolak mayat terbabit mangsa bunuh di tempat lain sebelum di buang di kawasan terbabit oleh individu berkenaan.

Tiada ulasan: