Ahad, September 05, 2010

Mahu lebar jalan atau roboh surau di Melaka? Apakah 1 lagi kisah tragis akan berlaku?


Sofi Wahab   
BUKIT KATIL, 3 Sept: Penduduk Kampung Bukit Katil membantah pembinaan jalan baru yang menghubung jalan utama ke beberapa buah taman melalui Lorong Datuk Demang Hussein, di sini.

Lorong tersebut akan dibesarkan saiznya dan pembesaran itu akan menyebabkan bangunan Pasti Jaya Insan dan surau akan dirobohkan.


Perancangan itu seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan bangunan Pasti dan surau yang telah lama dibina.





 Tindakan pihak berkuasa yang dilihat sengaja memasukkan bangunan Pasti dan surau mengundang bantahan hebat dari penduduk setempat.
Mereka berpendapat jika jalan tersebut dibina dengan tidak melalui tapak Pasti dan surau jalan tersebut akan lebih lurus.


Bantahan awal telah dizahirkan oleh penduduk setempat pada 31 Ogos lalu apabila kira-kira 150 orang penduduk berkumpul beramai-ramai di seberang jalan berhadapan Masjid Bukit Katil menyatakan rasa tidak puas hati di samping mereka menyambut Hari Merdeka.





Dalam perjumpaan tersebut Ketua Menteri telah memberikan pelbagai alasan yang tidak logik tentang pembinaan jalan tersebut. Jawatankuasa tersebut akan bermesyuarat secepat mungkin bagi  merangka tindakan seterusnya. 

"Kita akan menentang projek ini dengan pelbagai cara dan saluran," jelas Yusof yang juga Penyelia Dun Bukit Baru.
--------------------------------
respon mahkamah : Pasti dan surau adalah tempat yang suci.. pusat ilmu.. di mana wujud pusat ilmu di situlah Allah menurunkan rahmat dan berkat..

Tiada ulasan: