Jumaat, September 03, 2010

Jahabar Sadiq menafikan beliau mempunyai hubungan baik dengan tiga pemimpin Bendera Indonesia ! Baca!

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 3 Sept: Ketua Pegawai Eksekutif laman web The Malaysian Insider (TMI), Jahabar Sadiq menafikan beliau mempunyai hubungan baik dengan tiga pemimpin Bendera Indonesia sebagaimana yang didakwa oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini.

"Tidak benar, saya sudah suruh peguam uruskan," kata Jahabar ringkas ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

(Gambar: Laporan akhbar Utusan hari ini)

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan  berita kononnya Jahabar mempunyai hubungan dengan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang banyak membuat provokasi dan bantahan sehingga menghina negara.

Antaranya membuat bantahan di kedutaan Malaysia di Jakarta dan menghina bendera Malaysia.

Utusan memetik kenyataan anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mendakwa Jahabar mempunyai hubungan dengan tiga pemimpin Bendera.

“Saya mendapat tahu Jahabar ada hubungan dengan tiga pemimpin kanan Bendera iaitu Mustar Bona Ventura (Koordinator Bendera), Adian Napitulupu dan Serdi Semaun.

“Mungkin hubungan itu bersangkut-paut dengan siri provokasi dan penghinaan ke atas kepentingan Malaysia di Indonesia atau Jahabar sekurang-kurangnya boleh menasihatkan Bendera mengenai hal itu jika benar mereka ada kaitan,” kata Zahrain dan dipetik Utusan Malaysia ini.

Jahabar adalag bekas wartawan NST sebelum menjadi salah seorang editor kepada agensi berita antarabangsa Reuters.

(Gambar: Jahabar (kiri sekali) semasa pelancaran buku tulisan Mujahid Yusof malam tadi)

Tiada ulasan: