Selasa, September 07, 2010

Isu Malaysia - Indo, SEPAKAT JAGA HATI! ALHAMDULILLAH!

Sepakat jaga hati

Oleh Veena Rusli

2010/09/07

ANIFAH (kanan) dan Marty bertemu ketika  rundingan dua hala Malaysia dan Indonesia di Kota Kinabalu, semalam.
 
ANIFAH (kanan) dan Marty bertemu ketika rundingan dua hala Malaysia dan Indonesia di Kota Kinabalu, semalam. 
 
KOTA KINABALU: Rundingan dua hala Malaysia dan Indonesia di sini semalam, mencapai matlamat apabila kedua-dua negara bersetuju supaya pihak berkaitan memberi perhatian serius terhadap sensitiviti yang boleh mengguris perasaan kerajaan dan rakyat negara berjiran.

Mesyuarat dimulakan dengan pertemuan empat mata antara Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan rakan sejawatan dari Indonesia, Dr Marty M Natalegawa, kira-kira jam 3 petang, disusuli mesyuarat delegasi Malaysia-Indonesia bermula jam 3.45 petang dan berakhir kira-kira jam 5 petang. 


teruskan membaca
------------------------------
respon : Kita doakan " tindakan Polis Gerakan Marin (PGM) menahan tiga penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia pada 13 Ogos lalu kerana didakwa memasuki perairan negara.

Kejadian berkenaan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan segelintir rakyat Indonesia hingga mendorong kepada pelbagai aksi yang menjejaskan keharmonian negara berjiran termasuk membakar Jalur Gemilang dan kegiatan kumpulan Bendera Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang mengapikan semangat Ganyang Malaysia.
" TIDAK AKAN BERULANG!!!

Tiada ulasan: