Khamis, September 16, 2010

Cuepacs: Naikkan umur persaraan - 60 tahun?? logikkah? Nak dengar antara jawapan respon rakan2?..

Cuepacs: Naikkan umur persaraan - 60 tahun
Sep 14, 10 10:57am
Kongsi 0
Kerajaan diminta menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.
Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata sehingga kini, Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.
----------------------
respon : ada rakan saya ulas mcm ni..



Zulhazry Mohd Yusoff ini trick supaya orang2 muda lambat naik pangkat dalam government service supaya ada ruang lagi untuk government "basuh" orang-orang muda. government tahu kalau biarkan lambat laun habis semua kakitangan terdiri daripada kalangan pembangkan...g, macam hang sebagai contoh, maka government akan ikut tumbang bersama. trick untuk memastikan kita lambat ke depan, sebab masih ada orang-orang tua yang menghalang jalan. logik kah umur 60 masih mahu dikerah ke pejabat, mahu dikerah ke sekolah, apa yang diorang boleh buat? mahu ikut praktis negara lain kena tengok juga, bagaimana taraf hidup mereka. negara maju, kalau boleh extend sampai 60 tahun ada sebab, kerana jangka hayat rakyat mereka lebih panjang. rakyat Malaya? arwah abah aku meninggal umur 63. takkan lah dia pencen umur 60, dapat makan nikmat pencen cuma 3 tahun aje? atau ini planning malas nak bayar pencen pada pesara? kerajaan dah abis duit. biarkan sahaja pesara yang ada sekarang "pergi" maka kerajaan boleh berjimat, kemudian drag kakitangan kerja sampai umur 60. (ini style nak pukul kerajaan kiri kanan atas bawah, apa semua kerajaan buat kelihatan salah :)

Endong Jawa se makin ramai budak-budak mengangur....
semakin ramai orang muda kawin usia 30 han....
tak percaya kita tenguk nanti....
omar tu...dia tak fikir budak muda kerana dia hanya memikirkan penjawat awam jer...
dah tua-tua ni sepatutnya rehat jer......pergi masjid kee....
 

1 ulasan:

Gaya peneroka berkata...

omar tu unur dia dah 58 tahun dia nak pegang lagi tu....