Isnin, Julai 05, 2010

UMNO TENTUKAN lesen judi, BUKAN JEMAAH MENTERI.. some thing wrong?

Judi sukan: Keputusan di tangan kabinet bukan Umno
Wong Teck Chi
Jul 5, 10
7:44pm
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan kebimbangannya bahawa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Majlis Tertinggi Umno menolak cadangan memberikan lesen judi sukan akan menjadi sebagai satu 'precedent' yang bahaya.
Katanya, sewajarnya, keputusan ditentukan oleh jemaah menteri dan bukannnya Umno kerana ia menimbulkan tanggapan bahawa parti komponen BN yang lain di bawah telunjuk Umno.

“Kami berasa kecewa...Ia sepatutnya diputuskan pada peringkat kabinet, supaya semua pihak komponen dapat memberikan pandangan mereka,” kata Chua pada sesi wawancara khas dengan beberapa media terpilih di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 25 Jun lalu, Najib mengumumkan bahawa majlis tertinggi Umno sebulat suara menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk memberi lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan.

--------------------------
RESPON : umno BOLEH BELAKA.. JUDI YANG HARAM PON, MAU BINCANG JUGA.. hukum Hudud payah pulak nak bincang sbgt rupa?

Tiada ulasan: