Khamis, Julai 29, 2010

Guru dibenar berpolitik wajar dipersoal. Berhenti jadi guru untuk terlibat politik?


Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 28 Julai: Ketetapan terbaru kerajaan yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan membenarkan guru sekolah berpolitik wajar dipersoal, kata Prof Dr. Abdul Aziz Bari (gambar).

Bagi pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, ketetapan tersebut bakal menghakis profesionalisme serta prinsip kekecualian yang sepatutnya dihayati oleh setiap kakitangan kerajaan.

"Prinsip kekecualian (neutrality) kakitangan perkhidmatan awam telahpun dihakis, patut diperkasakan selepas 50 tahun (merdeka), bukannya dihakis.

"Kamu (Mohd Sidek) kata tentang transformasi perkhidmatan awam, reformasi besar-besaran profesionalisme, semua ini kamu yang perkenalkan, apa sebenarnya masej dia ini," kata beliau kepada Harakahdaily petang ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai pakar perlembagaan berkata, kakitangan awam sepatutnya fokus pada meningkatkan kualiti perkhidmatan awam masing-masing.

Ini kerana, katanya, mereka secara prinsipnya dibayar gaji yang nyata hasil kutipan cukai daripada rakyat, bukannya parti-parti pemerintah mahupun opisisi.

"Tak kiralah nak sertai parti politik pembangkang atau kerajaan, mereka perlu berhenti kerajaan rakyat membayar cukai dan cukai ini menjadi gaji mereka.

"Tak boleh satu kaki dalam politik, satu kaki lagi dalam perkhidmatan awam, kalau nak berpolitik, berhenti," ujarnya.
Pun begitu, beliau tidak bermaksud menghalang kebebasan individu untuk berpartisipasi dengan mana-mana parti politik, dengan syarat berhenti dari menjadi kakitangan perkhidmatan awam.
-----------------------------
mahkamah : ada benar juga.. emm.. di Kelantan.. bekas guru yg banyak jadi wakil rakyat.. ok ja.. rakyat percaya bahh... tu cikgu kena beri cth teladan yang bagus.. bila pencen, jadi wakil rakyat, org tak teragak-agak pangkah!

Tiada ulasan: