Khamis, Julai 22, 2010

Inikah 'jutawan/pembesar'bisnesmen'Malaysia yang dikaitkan dengan tangkapan bersama Paris Hilton di luar negara?


Jutawan Jho Low bersama Paris Hilton

www.utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Julai – Selebriti terkenal, Paris Hilton dilaporkan bersama jutawan Malaysia, Taek Jho Low, 28, ketika ditahan polis di sebuah lapangan terbang di Corsica, Perancis kerana memiliki ganja dalam beg tangannya.

Majalah Ok! dalam laman webnya melaporkan, sebelum itu, Paris telah menghabiskan masa bersama jutawan itu di dalam sebuah bot mewah.

Sebelum ini, New York Times melaporkan Paris turut berada bersama Jho Low ketika jutawan itu menyambut hari jadinya yang ke-28.

Menurut akhbar itu, Jho Low sering berbelanja mewah di luar negara dan sanggup membelanjakan RM161,275 (AS$50,000) semalam untuk berhibur dan bergaul rapat dengan selebriti-selebriti Barat.

Adakah ini Jutawan Jho Low bersama paris Hilton?



Info lain : >
Antaranya dia dilaporkan menghadiahkan 200 botol arak berjenama berharga RM3,225 (AS$1,000) sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox serta menghabiskan RM516,080 (AS$160,000) dalam sehari di Avenue New York pada September lalu semasa Minggu Fesyen.

‘‘Lelaki gempal lulusan Sarjana Muda Sains Ekonomi dari Sekolah Perniagaan Wharton, Universiti Pennsylvania itu menjadi Penasihat Kumpulan dan Pengarah Bukan Eksekutif untuk sebuah bank terkemuka sejak 19 September 2008,’’ ujar akhbar itu.

Semalam, pelbagai agensi berita antarabangsa melaporkan kisah Paris bersama “personaliti yang dikatakan rapat dengan orang berpengaruh di Malaysia” itu ketika perjalanan dari Paris ke Porto Cervo di Sardinia.

New York Times pula melaporkan di Amerika Syarikat, Jho Low menyewa beberapa unit kondominium di Park Imperial di West 57th Street bersama beberapa kakitangan dan pengawal peribadi. 

‘‘Harga sewa setiap unit untuk sebulan adalah RM322,550 (AS$100,000). Antara selebriti yang menjadi jirannya aktor Daniel Craig dan penyanyi, Sean Combs.

‘‘Di New York, dia akan bergerak dengan rombongannya menggunakan kenderaan Escalades,’’ jelasnya.

Akhbar itu juga melaporkan sambutan hari jadi jutawan muda itu yang ke-28 berlangsung selama empat hari di Caesar Palace di Las Vegas dengan dihadiri selebriti dan model terkenal. 

Selain Paris, antara yang hadir Jamie Foxx dan Usher.
‘‘Purata perbelanjaannya di kelab malam Pink Elephant di New York hampir RM193,530 (AS$60,000) setiap malam yang dihabiskan dengan berbelanja minuman keras kesukaannya dikenali sebagai Crystal Champagne,’’ lapor akhbar itu lagi.

Tiada ulasan: