Khamis, Julai 15, 2010

Cerpen 'YB J': KDN tegur Mingguan Malaysia. Ya, hak rakyat untuk memprotes kena ada.. jika tak puas hati dengan 'harakah' pon, bantah.. apa salahnya.. jika tak betul, harakah jawab lah!

Cerpen 'YB J': KDN tegur Mingguan Malaysia
Richard Loo
Jul 14, 10
5:35pm
Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat teguran kepada Mingguan Malaysia berhubung cerpen berjudul 'Politik Baru YB J' yang diterbitkannya itu pada 12 Oktober 2008.
Teresa Kok (DAP-Seputeh) mendakwa cerpen satira politik itu seolah-olah cuba mengambarkan dirinya sebagai YB Josephine, seorang ahli parlimen wanita yang dikatakan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam yang berakhir dengan pembunuhan watak itu.

Pada 12 Disember 2008, beliau memfailkan saman ke atas akhbar itu dan juga pengarang cerpen berkenaan, Datuk Chamil Wariya, yang juga adalah ketua pegawai eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) berhubung penerbitan cerita berkenaan.

Dalam jawapan bertulisnya kepada P Ramasamy (DAP-Batu Kawan) di Parliamen hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata cerpen itu menyalahi garis panduan penerbitan kementerian dan dikhuatiri boleh memudaratkan ketenteraman awam dan keharmonian kaum.

Surat teguran
Sehubungan itu, katanya, KDN mengeluarkan surat teguran kepada Mingguan Malaysia pada 21Oktober 2008.

Tiada ulasan: