Isnin, Julai 19, 2010

Tu yang kata, lambat dapat 'anak', ada hikmahnya... 1x dapat, 4 orang!

Dapat kembar 4 selepas tujuh tahun menunggu
Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
bhnews@bharian.com.my
2010/07/19

MOHD Rizal Shaari dan isteri, Norhayu Mat Hanafi memangku  bayi 
perempuan kembar empat mereka selepas tujuh tahun menunggu  untuk 
menimang cahaya mata. Norhayu  selamat melahirkan anak 
‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang  pada  4 
Mei lalu.
 
MOHD Rizal Shaari dan isteri, Norhayu Mat Hanafi memangku bayi perempuan kembar empat mereka selepas tujuh tahun menunggu untuk menimang cahaya mata. Norhayu selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang pada 4 Mei lalu.
 
JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan apabila isterinya selamat melahirkan anak ‘sulung’ mereka di Hospital Pulau Pinang (HPP), 4 Mei lalu.

Lebih menggembirakan serta mengejutkan pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, ialah mereka dikurniakan sekali gus bayi perempuan kembar empat.

Tiada ulasan: