Kursus ESQ boleh dilaksanakan, tapi dipantau | ||
|
Muzakarah khas jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) bagi hal ehwal agama Islam Malaysia memutuskan kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di negara ini.
Pengerusinya, Tan Sri Datuk Abdul Shukor Husin berkata, bagaimanapun ia harus dilaksanakan di bawah pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah ESQ yang direstui Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).
Katanya, keputusan itu dibuat setelah muzakarah yang bersidang pada 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur keraguan dalam kursus itu boleh diperbetul dan diperjelaskan.Abdul Shukor berkata MFK juga akan terus memantau program motivasi anjuran ESQ Leadership Training Sdn Bhd dari masa ke semasa dan panel syariah syarikat itu dikehendaki mengemukan laporan kepada majlis tersebut.
"Sekurang-kurangnya (mesti sedia laporan) setiap tiga bulan kerana kita bersidang dalam tempoh itu," kata Abdul Shukor.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan