Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Julai: Harakah tidak akan berada di pasaran untuk keluaran hari ini dan hanya akan berada di pasaran semula Isnin depan, kata Pengarah Urusannya Datuk Kamarudin Jaffar. Langkah ini diambil bagi menghormati Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas perbincangan beliau dan Pengerusi Harakah, Datuk Mustafa Ali dengan Ketua Setiausaha dan pegawai kanan KDN baru-baru ini. (Gambar: Notis yang ditampal di depan pejabat Harakah, Jalan Pahang Barat) Harakah biasanya boleh didapati di pasaran pada hari Khamis untuk pembaca Lembah Klang manakala kawasan lain selewat-lewatnya hari Jumaat. Untuk edisi Isnin pula, ia akan mula berada di pasaran hari Ahad di Lembah Klang dan hari Isnin untuk kawasan luar Lembah Klang. Ekoran isu permit, Harakah membatalkan keluarannya untuk satu isu iaitu edisi Jumaat dan akan berada balik di pasaran Isnin depan selepas menerima permit baru dari KDN. Menurut Kamarudin, KDN berjanji akan mengeluarkan permit baru itu hari ini (Khamis) selepas tempoh permit yang ada tamat 7 Julai lepas. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Khamis, Julai 15, 2010
Harakah tidak terbit hari ini (edisi Khamis)!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan