Khamis, Julai 22, 2010

Angkasa rancang buka 'koopshop' di Felda.. hairan, harga di kedai koperasi mahal.. emm..

Snek Londol Roll ini, saya beli di Kedai D'Mart, Felda Umas, Tawau dengan harga RM8.90! Di Tawau, standard harganya RM6.50 - RM6.90.. itu yang menghairankan di mana D'Mart difahamkan kedai koperasi Felda.. macam mana harga beza jauh sangat RM2.00? Bukan kes pertama... macam harga bayar CCM sahaja..
Apakah 'pengaktifan' kedai koop di Felda untuk meraih keuntungan yang melampau demi mengenyangkan perut 'BOS'?
-------------------------------------------

Angkasa rancang buka 'koopshop' di Felda

utusan.com.my

KUANTAN 21 Julai - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan mewujudkan pusat perniagaan koperasi iaitu 'Koopshop' di tanah rancangan Felda.

Ia menggunakan sistem perkongsian pemasaran bagi membantu pusat jualan koperasi dalam bidang perniagaan.

Presiden Angkasa, Datuk Mohd. Ali Baharum berkata, Koopshop akan berperanan sebagai pembekal utama barangan jualan kepada 260 pusat jualan koperasi di tanah rancangan Felda.


''Koopshop juga akan mendapatkan bekalan barangan jualan secara terus daripada pengeluar utama iaitu Felda," katanya.

Tiada ulasan: