Ahad, Julai 25, 2010

Tolak perpaduan asabiyah Umno?


Mohd Rashidi Hasan
harakahdaily.net


Adapun  sejak akhir-akhir ini Umno mula memainkan kembali 'jarum' perpaduan,  kononnya masa depan Islam dan Melayu akan musnah jika PAS dan Umno tidak  bersatu.

Kita mengajak kepimpinan Umno dan ulama-ulama yang  sewaktu dengan mereka, untuk menghayati dan memperhalusi ayat-ayat Allah  yang dipaparkan di atas.

Sebelum ulama-ulama upahan ini menjadi  orang tengah untuk menyatupadukan PAS-Umno di atas dasar Islam dan  Melayu, mereka harus mengkaji dan menilai kembali, pada aspek mana  perjuangan Umno dan pelaksanaan pemerintahannya selama lebih 50 tahun  ini, menepati ayat-ayat di atas?

Umno yang mendakwa dirinya parti  Melayu-Islam tidak pernah mengasaskan tunjang pemerintahan di atas  dasar takwa kerana asas perjuangan mereka adalah nasionalisme atau  asabiyah.

Asabiyah yang dianuti Umno merosakkan mereka. Umno  adalah Melayu, PAS juga Melayu. Tetapi mengapa mereka memusuhi PAS  sekian lama, menindas dan mendiskriminasi pemimpin, ahli dan penyokong  PAS? Mereka juga meminggirkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS.

Selain  daripada itu Umno juga menghalang pelaksanaan Islam yang diperjuangkan  oleh PAS. Umno juga menyekat, melarang dan menangkap pemimpin-pemimpin  PAS yang menyampaikan kuliah di masjid-masjid dan surau-surau.

Ini belum termasuk dasar-dasar kerajaan yang menghancurkan masa depan Melayu seperti PPSMI, dasar bahasa dan sebagainya.
Hakikatnya,  perjuangan Melayu-Islam untuk sudah jauh tersasar. Mereka terlalu rasis  sehingga meminggirkan bangsa Melayu sendiri. Yang dipimpin, dibela, diberi biasiswa, dibantu hanyalah Melayu Umno.

Umno tidak layak  menjadi parti harapan orang Melayu lagi. Umno harus dibubarkan kerana ia  sudah gagal. Ia adalah parti yang memperjuangkan asabiyah sempit, parti  kroni dan juak-juak.

Dalam keadaan Umno yang semakin di  penghujung hayat, mereka cuba bergayut di dahan PAS dengan mengumpan  agenda perpaduan. Hakikatnya Melayu tiada pilihan lain selain bersatu di  bawah payung PAS. Selepas perjuangan Melayu gagal membela Melayu, kali  ini beri peluang kepada parti Islam, perjuangan Islam untuk memelihara  martabat Melayu.
 

Tiada ulasan: