Khamis, Julai 29, 2010

Azizan: Pengurusan kes Kota Siputeh dilakukan esok!

 www.malaysiakini.com/bm

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, hari ini memaklumkan bahawa pengurusan kes untuk menetapkan tarikh perbicaraan rayuan terhadap pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh akan dilakukan esok.

 

"Esok mereka akan tengok semua dokumen dan akan tetapkan tarikh untuk perbicaraan dan saya harap pilihan raya kecil diadakan segera sebab pilihan raya ini akan selesaikan banyak masalah terutama rakyat yang tergantung tiada wakil rakyat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Alor Star, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM751,000 sebagai wang saguhati untuk pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di institut pengajian tinggi awam.

Katanya, setiap pelajar diploma menerima RM200, manakala pelajar ijazah sarjana muda menerima RM400.

"Kita beri kepada pelajar dari keluarga yang kurang kemampuan berdasarkan sokongan wakil rakyat di tempat masing-masing," katanya. 

-------------------
mahkamah : iktibar artikel ini, Kerajaan UMNO / Pas memerintah, tetap pendidikan diambil berat.. Tengok! Kerajaan Pas boleh juga beri bantuan kepada pelajar.. jadi, takkan tak mahu try kot beri sokongan kat Pakatan Rakyat PRU akan datang???

Tiada ulasan: