Isnin, Julai 26, 2010

'Cukai RM1.3 juta bukti Felda tak bankrap'. sEJAUH MANA KEBENARAN?

'Cukai RM1.3 juta bukti Felda tak bankrap' 
Jul 26, 10 6:34pm
Kongsi 4

MALAYSIAKINI.COM/BM
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membayar cukai berjumlah RM1,303.18 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tempoh empat tahun bermula 2004, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pengumuman data yang pertama kali dibuat itu bertujuan menepis isu Felda bankrap yang masih dimainkan pembangkang.
"Data ini adalah kali pertama diumumkan. Tujuan diumumkan adalah untuk membuktikan dakwaan bahawa Felda bankrap adalah tidak benar.

"Ini (cukai) adalah usaha Felda untuk membantu kerajaan dan rakyat. Cukai ini boleh digunakan kerajaan untuk membantu rakyat secara keseluruhan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurus Felda dan Pelancaran Manual Pengurusan Rancangan (MPR) Felda di Dewan Perdana Felda, di Kuala Lumpur, hari ini.

-----------------
RESPON : data nilai cukai dibayar ke LHDN kali pertama.. guaner sebelum ni?

Tiada ulasan: