Sabtu, Julai 24, 2010

Awas, politik cemburu Umno di Selangor! Patutlah sampai rujuk pihak istana.. Mesti baca!


Anaksengat.blogspot.com 
Usia kerajaan Pakatan Rakyat baru menjangkau tiga tahun. Bermacam serangan dan meriam pelbagai saiz telah diledakkan. Hingga kini hanya kerajaan Perak yang mampu ditumbangkan.

Itupun dengan cara yang di luar akhlak dan moral demokrasi. Kerajaan Kelantan tak tergoyah sedikitpun sekalipun sasaran dihalakan kepada TG Nik Aziz dan keluarganya.

Kerajaan Kedah nampak tenang walau sesekali ribut menggoncang keutuhan dan kesabaran Menteri Besarnya. Hanya selangor yang menjadi tumpuan kini. Mungkin kerana Khalid Ibrahim bukan ahli politik sejati kerana beliau hanya menceburipolitik dari dunia perniagaan.

Beliau lebih dilihat sebagai pegawai kerajaan atau tokoh korporat yang mengendali negeri tanpa memperduli mainan politik dari luar dan dalam yang tutur mengimpi dan cemburu dengan jelmaaan tiba tiba Tan Sri Khalid di Selangor.

Umno menyedari kekurangan Khalid yang lebih menumpukan pembangunan dan kebajikan dari permainan politik luar dan dalam di sekelilingnya. Tumpuan beliau lebih kepada keutungan rakyat yang dianggap pemegang saham dalam negeri Selangor sebagaimana beliau mengemudi syarikat yang memikirkan kepentingan pemegang saham. Itu kelebihan Khalid yang mungkin dilihat kelemahan oleh orang politik.

Namun kecemburuan sebenar kepada Khalid Ibrahim bukan kerana diri beliau tetapi Selangor yang menjadi lubuk duit dan bekalan projek kepada pencacai Umno.

Mereka ternyata tidak mampu melakukan sesuatu yang boleh menggugat Pulau Pinang kerana kuasa Melayu kampung sangat sikit. Hanya melayu kampung yang diharap umNO untuk menyambung talian hayat mereka. Walupun Pulau Pinang adalah mutiara , namun mimpi untuk menguasai Pulau Pinang terlalu mustahil buat masa kini.

Selangor terus menerus dijadikan sasaran. Sedikit nyawa kemenangan umNO di Hulu Selangor menjadi dijadikan kemeyan pemulih semangat sekalipun menyedari dupa kemeyan tersebut telah pun pecah.

Bermula dengan mengugut rakyat terhadap masa depan air di Selangor yang dikatakan tidak mampu bertahan hinggalah kepada isu pasir yang dikatakan merosakkan alam.

Tan Sri Khalid telah menjelaskan potensi dan kemampuan air di Selangor sekalipun tanpa projek yang diidamkan oleh Syabas milik Razali Ismail, orang kuat Umno.

Pasir yang menjadi tinggalan Khir Toyo terpaksa dijadikan bahan sekalipun menyedari ianya berpotensi menyeret Khir sekali tertimbus dalam timbunan pasir itu.

Semakin lama umnO menjadi pembangkang, semakin tenat penyakit umNO. Pemimpin utama menyedari dan meluahkan betapa sukarnya menjadi pembangkang. Ia dijadikan semangat dan mentera sebagaimana Yahudi yang membangkitkan semangat betapa perlu Yahudi memiliki Falastin jika ingin hidup bebas . Duit adalah talian hayat umNO. Tanpa duit umNO akan mati. umNO tiada sukarela seperti PAS yang ditanam dengan semangat Jihad.

Umno tiada pilihan selain mengikis duit rakyat melalui pemotongan subsidi. Mereka sangat yakin, dengan pengampu di sekeliling mereka dari kalangan cerdik pandai akan mampu meredakan kemarahan rakyat. Perangkap dipasang di mereta jalanraya untuk merompak duit rakyat melalui saman skor yang belum dibuktikan bersalah.

Jika Pakatan Rakyat mampu bertahan dalam Pilihanraya akan datang dengan menambah kekuatan dan penguasaan beberapa negeri seperti Trengganu , Perak dan Johor... pastinya ramalan bahawa umNO akan menjadi seperti Dinasor akan menjadi nyata.

Apa yang penting pemimpin Pakatan Rakyat perlu mengawal nafsu serakah mereka dalam merebut kuasa. Jangan bercakar sesama sendiri.

Biarkan mimpi itu menjadi nyata terlebih dahulu sebelum bermimpi dengan jawatan dan kedudukan yang tinggi, mimpi bermewah dengan membentis rakan sebelum kemenangan hanya akan menjadikan mimpi itu menghasilkan air liur basi yang memetakan sempadan yang luas. Hakikatnya ia satu keaiban.

Tiada ulasan: