Ahad, Julai 18, 2010

isu pemotongan tanam semula (Urus sendiri) oleh gaya peneroka.blogspot.com

Sabtu, Julai 17, 2010




Apa perlunya potongan ini ?

Hari ini aku ke Pejabat Felda Kota Gelanggi 01 untuk mengambil baki jualan buah sawit aku bagi jualan bulan lepas, Jun 2010, nilai tahanan 10% yang ditahan oleh felda itu bagi aku, adalah sebagai kerja mudah menguruskan peneroka yang urus sendiri.


Ini adalah pysheet kali pertama yang di buat potongan 10% bagi setiap jualan buah sawit yang dihantar oleh peneroka yang urus sendiri ke kilang sawit yang di miliki oleh felda, Setelah aku teliti rupanya terdapat potongan caruman tanam semula kali ke 2 yang bernilai RM166.82 .

Aku heran juga, bagaimana potongan ini boleh dibuat, sedangkan semasa didalam mesyuarat diantara AJK urus sendiri dengan pengurusan felda beberapa bulan lepas, telah pun dipersetujui bahawa potongan caruman tanam semula hanya akan dibuat kepada peneroka urus sendiri yang bersetuju sahaja, manakala kepada peneroka yang tidak bersetuju dikecualikan.

Aku tak nampak apa rasionalnya potongan ini dilaksanakan, dari pengalaman yang lepas, peneroka yang mahu urus sendiri terpaksa menempuh pelbagai kesukaran untuk mendapat kembali wang carumannya yang di buat semasa caruman tanam semula kali 1 dahulu.

Teringat lagi betapa deritanya peneroka yang mahu urus sendiri sampai terpaksa menggadaikan tanahnya kepada Bank Pertanian, ini semua dilakukan hanya kerana mahu mendapatkan modal bagi menjayakan tanaman semula kebun mereka, sedangkan duit mereka ada disimpan oleh felda.

Pelik sungguh felda ini, semasa nak buat potongan, dinyatakan kononya ini adalah bagi kemudahan dimasa hadapan peneroka sendiri, namun apabila sampai masa yang di perlukakan, dia buat duit yang peneroka simpan bertahun-tahun dan penuh kesengsaraan itu macam duit mak bapak dia pulak.

Dia buat syarat, kalau mahu duit mesti serah kepada felda,.... weh....duit orang ikut oranglah, nak serah atau tidak, mana boleh nak paksa-paksa.

Dah lah tu, bermusuhnya felda dengan peneroka yang nak urus sendiri, sampai nak beli benih sawitnya yang di berada di nursery di PPPTR pun tak boleh, ini semua Datuk Najib bukannya tahu, maklumlah ...... sapa nak beritahu dia, semua yang disekeliling dia kaki bodek belaka.

Kini bila peneroka yang urus sendiri sudah memilih berpatah arang, berkerat rotan dengan felda, baru dia tahu.......ingat orang yang urus sendiri tu orang PAS semua ke.....?

Ada juga yang Umno nya.......................

Begitu juga duit yang dibuat potongan sebagai simpanan bagi membaiki jalan pertanian kali 1 dahulu, sampai sekarang di bekukan, dah dibuat permohonan untuk membaiki jalan, tapi tiada jawapan, senyap je...

Aku fikir cukup setakat ini dahulu, kerana kalau aku tulis banyak-banyak nanti ada yang kata kat aku macam-macam pulak .....................maklumlah sekarang musim orang sedang marah......musim buat sokongan kepada felda, macam kawan aku Gaya Peneroka saksikan di Trolak tempoh hari............

Tiada ulasan: