Rabu, Julai 28, 2010

Kedudukan tunai Felda tak gambarkan nilai aset-kata Menteri..

Kedudukan tunai Felda tak gambarkan nilai aset
Jul 28, 10 3:23pm
Kongsi 0
Kedudukan tunai Felda yang berkurangan dari RM4.08 bilion pada 31 Disember, 2004, kepada RM1.35 bilion pada 31 Disember, tahun lalu tidak menggambarkan kedudukan sebenar nilai keseluruhan aset lembaga kemajuan tanah itu, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (kiri), berkata pengurangan kedudukan tunai itu disebabkan perbelanjaan dan peruntukan yang dikeluarkan bagi membangunkan masyarakat Felda sepanjang tempoh berkenaan.

"Angka tunai itu juga tidak termasuk nilai saham yang dimiliki Felda, iaitu kira-kira RM4 bilion," katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Akhbar Ali yang ingin tahu faktor yang menyebabkan nilai aset Felda dilaporkan merosot hampir RM3 bilion bagi tempoh lima tahun dan tindakan bersesuaian yang telah diambil ke atas mereka yang terbabit.

Ahmad Maslan berkata, walaupun kedudukan tunai berkurangan dalam tempoh itu, Felda mempunyai nilai aset semasa dan aset tetap yang telah melonjak sebanyak RM6.2 bilion, iaitu dari RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion pada 2009.

---------------------------
yusz : napa tak menyahut dialog ka.. debat ka.. asyik main beri kenyataan jarak jauh jaa..

Tiada ulasan: