Parti Islam Se-Malaysia ڤرتي اسلام س-مليسيا (PAS) | |
Ketua | Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) Abdul Hadi Awang (Presiden) |
---|---|
Diasaskan | 4 April, 1956 |
Ibu pejabat | Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur |
Kawan saya menaip dalam facebook bahawa dia pernah terbaca kenyataan berikut:
"PAS pernah bersatu dengan UMNO tahun 1974 dan keluar semula tahun 1976.. dan untuk makluman "penubuhan PAS ni adalah rancangan penjajah british yang campur tangan secara tak langsung nak tengok perbalahan berlaku dalam parti yang menyatu padukan org melayu ketika tu.."
SEJAUH MANA KEBENARAN FAKTA INI???
Lihat rujukan wikipedia ini..
Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: ڤرتي اسلام س-مليسيا, juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.
Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Didokongi oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang melayu yang berpendidikan agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan