Selasa, Julai 20, 2010

Parti Islam antara Realiti dan Fantasi Part 1. Mesti Baca, usaha meruntuhkan 'keyakinan rakyat terhadap Pas'!

Filed Under ( ) by pisau.net


Pengakuan seorang bekas penyokong kuat PAS yang kini sudah insaf dan bertaubat,Sumber: En Aman B Daud

Saya pun pada asalnya adalah penyokong kuat Pas, alhamdulilalah apabila saya membaca beberapa tulisan daripada bekas aktivis Pas seperti Ustaz Omar Khalid, Dato Nakhae, Ustaz Mustafa Taib, Haji Ghazali bekas Ketua Ulama Pas Terengganu, Profesor Hj Noor Idris, dan lain-lain lagi menyebabkan saya menginsafi keadaan. Di sini saya petik dari buku“Parti Islam antara Realiti dan Fantasi”:

KAYA SEBELUM BERJUANG & MISKIN SELEPAS BERJUANG
Kita dapati sesetengah pemimpin Parti Allah yang lampau merupakan individu yang kaya sebelum menyertai Parti Allah, tetapi setelah berjuang bersama Parti Allah mereka menjadi miskin.



Ini menepati sejarah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat seperti saidina Abu-Bakar saidina Othman, saidina Ab.Rahman bin ‘Auf dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin tersebut sebelum menyertai Parti Allah mereka terdiri daripada tokoh-tokoh korporat dan para saudagar.


Tetapi setelah berjuang dalam Parti Allah mereka telah mengorbankan harta ke jalan Allah sehingga mereka menjadi miskin.


Parti Allah dinaungi oleh masyarakat sejagat. Puncanya ialah kerana perjuangan mereka membawa mesej sejagat. Sebab itu ia mampu mengembangkan Islam ke serata dunia, kadang-kadang tidak perlu melalui peperangan dan penaklukan fizikal.


Caranya ialah dengan menyebar dan menyatukan hati-hati insan dengan fitrah (tabiat semulajadi) kasih sayang sejagat dan juga aktiviti-aktiviti bercorak kebendaan dan kebenaran yang diperlukan oleh masyarakat serta sesuai dengan semua fitrah manusia.


Kekuatan Parti Allah tidak terletak kepada kekuatan kebendaan semata-mata, tetapi kepada kekuatan takwa. Oleh itu penekanan asas dalam pendidikan pendukungnya ialah iman dan takwa, ukhwah dan kasih sayang, pengorbabanan, syura dan takut kepada neraka.


Parti PAS

Di Malaysia, jamaah PAS telah menamakan partinya sebagai Parti Islam. Namun dari segi nama memang parti pas bernama Parti Islam, tetapi ciri-ciri yang sepatutnya terdapat pada sesebuah Parti Islam yang sebenar itu tidak ada pada parti PAS, sebab itu ia tidak layak dianggap dianggap sebagai Parti Islam yang hakiki.



Sesungguhnya dasar, teknik, kaedah, sifat, pendekatan, matlamat dan lain-lainnya, terlalu berbeza jikalau dibandingkan dengan Parti Allah yang sebenar pada zaman dulu dengan parti politik PAS sekarang.


Parti Islam bukan terletak kepada nama semata-mata, bahkan turut tertakluk kepada ciri-cirinya. Kalau namanya sahaja Islam sedangkan dasar, uslub, teknik dan pendekatan perjuangannya tidak Islamik, maka ia bukan Parti Islam.


Oleh itu kita jangan mudah keliru dengan label Islam yang dipakai, sebaliknya lihatlah pada dasar, amalan dan praktikal harian pemimpin serta anggota-anggota parti berkenaan.


Sejak akhir-akhir ini PAS berani mendakwa yang ia adalah Parti Islam tulen. Golongan yang berani mendakwa sedemikian ialah terdiri daripada para ulama’ dan pemimpin PAS kini. Pada peringkat awal penubuhan PAS dulu, mereka hanya mengatakan bahawa Parti PAS adalah parti orang-orang Islam sahaja (Persatuan Islam), padahal minda dan syakhsiah(jatidiri) peribadi pemimpin-pemimpin PAS serta ahli-ahlinya yang pertama dulu adalah lebih baik jikalau dibandingkan dengan akhlak dan budi bicara pemimpin dan penyokong PAS sekarang.


Memang semua orang berhak mendabik dada mengatakan partinya benar dan mengikut Rasulullah. Tetapi kebenaran adalah milik Allah, pengukur yang sebenar ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.


Bertolak dari sini marilah sama-sama kita mengkaji tentang kenapakah parti PAS ditubuhkan? Selepas itu kita mengkaji pula cara-cara perjalanannya, adakah ia sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya?


Sesungguhnya penubuhan Parti PAS tidak lebih daripada sebuah organisasi serpihan UMNO. Ia sekadar merupakan sebuah organisasi segelintir bangsa Melayu yang kecewa dengan organisasi bangsa Melayu yang lain.


Apa yang jelas ialah, organisasi parti PAS telah menerima perjuangan berdasarkan sistem demokrasi. Tindak-tanduknya juga jauh menyimpang daripada menghayati dan mencontohi sirah Rasulullah atau mengikut ijma’ fi’li (perbuatan para sahabat Nabi s.a.w..).


Untuk itu marilah kita bersama-sama mengkaji satu persatu secara ilmiah demi menentukan adakah Parti PAS benar-benar berjuang mengikut landasan dan menepati ciri-ciri Jemaah Islam tulen.


bersambung part 2


Pisau kata "matlamat menghalalkan cara"
--------------------
respon : saya ada buat respon dalam sudut 'komen' bawah artikel di atas dalam blog pisau.net.. Tidak pasti, adakah ia akan diterbitkan..

Tiada ulasan: