Rabu, Julai 21, 2010

Sejarah Tingkayu,Kunak, Sabah kembali? Tuan tanah kini hanya tetamu.. melihat jengkaut di tanah sendiri.. meratah zalim..

LANUN TANAH SEMAKIN MENGGANAS? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Tuesday, 20 July 2010 23:17

MARAH.... Lanun Tanah (gambar bawah) sedang memarahi Jalil dan melarang pekebun kecil melalui jalan berkenaan yang dihadang dengan jengkaut.

Oleh: JAMIL JAMAD
SELEPAS ‘Tragedi Berdarah’ di Tingkayu Gate yang meragut satu nyawa, Kerajaan Negeri Sabah terutama Pejabat Daerah Kunak masih alpa dan terus bersubahat dengan penjenayah yang digelar penduduk tempatan sebagai ‘Lanun Tanah’.

Tidak tahu siapa meniru siapa, ‘Lanun Tanah’ telah menggali parit sedalam dua puluh kaki seperti yang diamalkan Felda Plantation Sdn.Bhd di Tungku, Sabah bagi memutuskan jalan yang dilalui pekebun kecil, sedangkan jalan berkenaan dibina di atas ‘reserve’ jalan.
 
Aduan yang dibuat kepada Wakil Rakyat, Pegawai Daerah, Ketua Kampung dan agensi kerajaan yang lain tidak ubah seperti meminta ‘Penyamun menangkap Pencuri’ kerana hampir kesemuanya bersubahat dengan ‘Lanun Tanah’ yang mengamalkan prinsip, ‘Ada Wang Semua Boleh Jadi’.

Akibatnya, ramai pekebun kecil di Kampung Sungai Duyong, Pangi, Kunak, termasuk Jalil Pawaki, hilang mata pencariannya kerana tidak dapat mengeluarkan hasil daripada kebun kelapa sawit mereka seluas lebih kurang 12 ekar setiap lot setelah dizalimi ‘Lanun Tanah’ yang bernama Wong.

Kata Jalil, Pegawai Daerah Kunak, Susilo Sumarto tidak berani bertindak menghalang kelakuan aneh Wong menggali parit yang dalam untuk memutuskan jalan awam sedangkan selama berpuluh tahun jalan tersebut boleh dilalui semua pekebun kecil.
 
Wong menutup jalan awam sesuka hati sedangkan ianya merupakan perbuatan jenayah yang langsung tidak diambil peduli walaupuan aduan dan laporan rasmi dibuat,” ujar Jalil yang kesal dengan kerakusan Wong memutuskan rezeki anak-anaknya yang masih bersekolah.

Tegas Jalil, beliau dan penduduk kampong tidak lagi dapat mengeluarkan hasil kebun mereka sejak tiga bulan lalu sehingga anak-anaknya mungkin terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mempunyai sumber pendapatan lain.

Saya adu perkara ini kepada Ketua Polis Daerah, tapi dia kata bukan di bawah bidang kuasa polis. Jadi kalau saya tutup jalan ke rumah saya dan tidak beri mereka lalu, saya akan dipersalahkan. Tetapi kalau Wong melakukannya, mereka kata itu bukan tugas polis,” kata Jalil yang kesal dengan sikap Ketua Polis Daerah Kunak.

Memandangkan semua saluran telah digunakan dan tidak ada sebarang penyelesaian, maka Jalil terpaksa mengadu isu ini kepada Sabahkini.Net yang selama ini memperjuangkan hak rakyat yang tertindas sepertinya.

Keadaan sekarang semakin mendesak dan berlanjutan apabila buah sawit semakin banyak yang buruk dan tidak dapat dijual. Saya benar-benar menghadapi masalah kewangan. Saya terpaksa menanggung keluarga termasuklah seorang anak yang masih belajar di universiti di Selangor dan memerlukan perbelanjaan yang banyak setiap bulan,” kata Jalil yang meminta Sabahkini.Net mengetengahkan isu ini agar mendapat perhatian pihak berwajib setelah rasuah menjadi amalan dan budaya di Kunak.

Kata Jalil, Wong memberitahunya bahawa Pegawai Daerah Kunak membenarkan beliau mengali parit dan memutuskan jalan yang selama ini digunakan untuk mengeluarkan hasil daripada kebunnya seluas 12 ekar sahaja yang terletak bersebelahan dengan kebun Wong seluas 300 ekar.

Sehubungan itu, Jalil menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana jalan awam boleh ditutup sesuka hati oleh ‘Lanun Tanah’ dan hubungan pihak berkuasa dengan ‘Lanun Tanah’ berkenaan yang begitu kejam menzalimi semua pekebun kecil.

“Kami tidak ada laluan lain dan terpaksa melalui jalan berkenaan. Kami mahu mengambil peguam, tetapi kami tidak ada wang dan kami harap agar Biro Pengaduan Awam, Suhakam dan Biro Bantuan Guaman membantu kami mendapatkan keadilan,” ujar Jalil yang semakin gelisah kerana tidak lagi dapat menghantar wang kepada anaknya sejak dua bulan lalu.
--------------------------
respon : kita ajak rakyat bersama Pakatan Rakyat, tumbangkan BN Sabah! Sertai kami.. 1 hingga 3 Okt 2010; HIMPUNAN 10 RIBU RAKYAT SABAH, ISU TANAH!!1

Tiada ulasan: