SINGAPURA: Singapura akan menjadi negara yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling pantas di dunia pada 2010 selepas republik itu meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi tahunannya kepada 13 hingga 15 peratus.
Anggaran baru itu, yang meningkat berbanding ramalan awal, antara tujuh hingga sembilan peratus, adalah lebih tinggi daripada jangkaan 10 peratus pertumbuhan ekonomi China, kuasa ekonomi serantau.
Unjuran itu juga diumumkan ketika wujud kebimbangan mengenai keadaan ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan