Sabtu, Julai 31, 2010

Bencana Alam di Tawau! Banjir di Pasir Putih, Tawau dan Jalan Tawau-Semporna-Kunak (yang terputus) dibuka kembali mulai 2 ptg Jumaat 30/7/2010

* Jalan Tawau-Semporna Kilometer 42 yang terputus, difahamkan jalan ini memang sudah ada potensi runtuh sebegini sebelum ini, cuma dipejamkan mata.. difahamkan juga beberapa kemalangan juga berlaku di sini.. sekarang, ia 'memberontak'!
 

www.hmetro.com.my

Sementara itu, sebanyak 300 rumah di Kampung Pasir Putih, dekat sini dinaiki air dalam kejadian banjir kilat pada pukul 7.45 malam tadi(Khamis malam Jumaat 29/7), kata Presiden Majlis Perbandaran Tawau Ismail Mayakub.


"Air mula surut kira-kira tiga jam kemudian dan setakat pukul 9.30 pagi ini seramai 180 keluarga ditempatkan di Masjid An-Nur, Kampung Pasir Putih," katanya. -Bernama 


respon : Pasti Pasir Putih juga teruk.. katanya penduduk di sana melarikan diri hingga ke bumbung.. air naik setinggi 5 meter dari paras tanah.. ada yang tinggal sehelai sepinggang...  malang, saya belum mempunyai gambar... 
------------------------



Jalan Tawau-Semporna-Kunak dibuka kembali
Jul 30, 10 10:54amWWW.MALAYSIAKINI.COM/B,
Kongsi 52
Jalan raya di kilometer 42, Jalan Tawau-Semporna terputus lewat malam tadi mengakibatkan ratusan pengguna jalan raya dari kedua-dua arah tidak dapat meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati tebing kiri dan kanan jalan raya itu runtuh akibat hakisan banjir yang berlaku di kawasan itu malam tadi.

Jalan raya berkenaan merupakan jalan utama bagi pengguna untuk destinasi Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

Seorang penumpang bas yang menggunakan jalan itu Ahmad Hadi, 56, berkata bas yang dinaikinya dari Sipitang tiba di kawasan itu pada pukul 5 pagi dan ketika itu berpuluh-puluh kenderaan telah terkandas.

"Saya dimaklumkan seorang pengguna jalan raya yang mula-mula sampai di tempat kejadian bahawa jalan berkenaan runtuh pada kira-kira pukul 10 malam tadi," katanya.

Bagaimanapun, bermula petang ini, Bernama melaporkan, jalan tersebut kini dibuka semula untuk kenderaan.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata beliau dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa jalan berkenaan mula dibuka kepada lalu lintas dari kedua-dua arah pada pukul 2 petang.

-----------------------------------------------

PAGI tadi > Jalan raya utama menghubungkan Tawau-Semporna terputus

30/07/2010 10:39am utusan.com.my

TAWAU 30 Julai — Jalan raya di kilometer 42, Jalan Tawau-Semporna terputus lewat malam tadi mengakibatkan ratusan pengguna jalan raya dari kedua-dua arah tidak dapat meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati tebing kiri dan kanan jalan raya itu runtuh akibat hakisan banjir yang berlaku di kawasan itu malam tadi.

Jalan raya berkenaan merupakan jalan utama bagi pengguna untuk destinasi Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan. Seorang penumpang bas yang menggunakan jalan itu Ahmad Hadi, 56, berkata bas yang dinaikinya dari Sipitang tiba di kawasan itu pada pukul 5 pagi dan ketika itu berpuluh-puluh kenderaan telah terkandas.

"Saya dimaklumkan seorang pengguna jalan raya yang mula-mula sampai di tempat kejadian bahawa jalan berkenaan runtuh pada kira-kira pukul 10 malam tadi,” katanya. - Bernama

Tiada ulasan: